Ya Allah satukan lah umat islam pada zaman ini,
Musnahkanlah musuh-musuh kami agar aman kami untuk beribadah,
Musnahkan hati-hati munafik dalam hati kami agar kami di jalan yang engkau redhai,
Jangan pula di jalan orang-orang yang melakukan kerosakan.
Ya Allah jika aku salah jangan engkau biar kan aku dalam kegalauan berikan lah aku jalan di mana itu adalah jalan orang-orang yang cintakan Engkau dan Muhammad.
Di manakah umat islam sekarang mengapa kami di tindas dan di zaman ini adakah kami bersalah sampai kami termakan fitnahnya Al-masih yg berleluasa.
Lihat lah saudara-saudara kami di syam di gaza dan di beberapa buah negara islam lagi Mengapa di tindas adakah kami salah kerana membiarkan saudara kami sebegitu. Adakah laknat Allah akan datang kepada kami semua juga suatu hari nanti ataupun itu adalah fitnah yang menipu kita umat islam sehingga murtad.
Atau disebabkan ramai di antara kita tidak mengenal siapakah tuhan mereka dan siapakah diri mereka hingga mereka takut untuk menghadapi kenyataan hidup yang serba kekurangan.
Adakah Haqqul Yakin kepada Allah SWT sudah hilang di hati kami sehingga kami yakin duit itu mampu selamatkan kita kerana mampu membeli alat perlindungan sedangkan duit itu hanyalah pendua kebaikan yang sebenar- benarnya yang maha melindung dan pemberi hanyalah Allah Azza wa jalla.
Dimanakah kami berada?
Naahh.. lihat kami berada dalam keadaan yang membazir sedangkan di syam di gaza dan banyak lagi negara islam susah untuk mendapat secebis beras.. kita disini berfoyal-foyal dengan permainan video, dadah, perempuan dan banyak lagi perbuatan maksiat dalam bentuk nyata walaupun hayalan yang menyebabkan hati sukar menelaah perkara-perkara Ghaib.
Marilah semua kita bersatu hati dalam mencari siapa tuhan kita dan diri ini dan kita sama-sama mengubah zaman yang merosak kan diri kita kepada zaman di mana kebangkitan islam. walaupun kita bergerak dalam keadaan lambat tetapi aku yakin akan datang zaman dimana mereka memerlukan perjuangan yang telah kita sumbangkan walaupun secebis ideal. Tidak kira itu adalah ideologi perang nampak atau tidak nampak, atau ideologi pembinaan robotik atau programming, atau bayak lagi. Agar sama- sama kita memberi sumbangan pada zaman akan datang berharap kepada umat islam yang memerlukan.

0 Comments